Sejarah dan Perkembangan Hoki....
PERMULAAN
Adalah tidak diketahui dengan tepat bagaimana dan dari
nama perkataan hoki atau hockey berasal .Hanya terdapat catatan rekod yang
menyatakan permainan menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya didakwa sebagai
permulaan permainan hoki sekarang ,pada zaman kuno dulu .menurut catatan itu,ia
dimainkan oleh orang –orang Greek ,parsi dan rom sejak zaman S.M lagi.Akan
tetapi permainan ini kemudianny diterus ienyap ,sekaranglah pada tahun 1365
apabila ia pertama kali diperkenelkan di England.
Kedatangan permainan ini ke England telah menaikkan
semangat dan menarik minat masyarakat di negara tersebut ketika itu.Ramai yang mula bermainannya .oleh
kerana tiada suatu peraturan atau undang –undang khusus untuknya ,pelbagai cara dan teknik permainan
digunakan .Ini sering berlaku kekecohan sehinggan selalu berlaku
pergaduhan dan pertumpahan darah. Dengan
kata lain,cara permainan yang tidak teratur ini mendatangkan risiko kepada para
pemainanny.Akhirnya pihak atasan Braitan terus mengharamkannya.
Dalam pada itu,sebagai permainan,hoki sudah mula diterima
oleh leblh banyak negara dunia.Undang-undang tentangnya mula direka.Walaupun
usaha ini memakan masa yang lama,namun ia mendatangkan manfaat kepada kepada
permainan ini kemudiannya.Dengan adanya undang-undang dan peraturan ini,maka dapatlah permainan ini dimainankan dengan lebih
teraturdan mudahlah lagi bagi mereka yang mahu mempelajarinya.
Dahulunya,permainan hoki dikenali dengan berbagai-bagai
nama atau panggilan.contohnya,di Ireland,hoki dikenali dengan nama huvley atau
huvling,di Scotland,ia disebut shinty atau shinny dan Wales ia dikenali dengan
sebutan banty atau bandy,perkataan hockey pula diambil dari perkataan
perancis.iaitu hoquet.Adalah difahamkan,iaitu nama ini telah diinggeriskan
menjadi hockry (hoki)
Apabila hoki diterima semula oleh pemerintah Britain,maka
bermulalah era baru kepada permainan ini.bukan sahaja kaum lelaki yang bermain, malah kaum perempuan pun turut
bermain.pasukan hoki pertama ditubuhkan di negara tersebut pada tahun 1840,dan Blackheath di
selatan London dianggap sebagai kelab hoki pertama dan tertua di dunia.Kelab ini menubuhkan pasukan hokinya pada tahun
1861.Kelab ini juga memperkenalkan undang-undang hoki, yang antara lain ialah
cara bermain,pengunaan pengadilan,kawasan permainan yang terhad,dan mengenakan
hukuman kepada pemain yang mrlakukan kesalahan
Berikutan dengan itu,undand-undang koki teleh digubal
serta diperkemaskan dalam satu masyarakat
di London pada tahun 1875 Lapan tahun kemudiannya,Wimbledon Hockey Club telah
merumuskan undang-undang yang lebih baik
dan kemas untuk permainan ini.Pada tahun 1886 bermulalah permainan hoki sebagai
sukan yang kini merupakan salah faham sukan yang paling diminati di dunia.Dari England permainan ini tersebar
ke negara –negara lain,seperti
India,Amerika syarikat dan beberapa negara eropah
PERMAINAN ANTARABANGSA
Perkembangan permainan
hoki terus tersebar ke negara-negara
lain.Akan tetapi detik bermulanya sebagai
permainan antarabangsa bremula apabila ia diterima sebagai salah satu
acara dalam sukan Olimpik pada tahun 1924,ia diterima kembali dalam sukan
Olimpik berikutan.Kini hoki merupakan acara tetap perjumpaan sukan terbesar ini
Seperti permainan –permainan lain,hoki juga memerlukan
sebuah badan khusus di peringkat dunai bagi menyelaraskan serta menganjurkan
pertandingan pada peringkat ini.M aka pada tahun 1924,tertubuhlah persekutuan
Hoki Antarabangsa (FIH) atas usaha negara-negara Eropah,iaitu Austria,Belgium
,Czecchoslovakia,H ungary,perancis,Sepanyol dan Switzerland.Dengan itu,
permainan hoki ini mempunyai badan yang menjadi pengelola rasmi bagi permainan
ini pada peringkat dunai
Antara usaha terpenting
badan dunia ini ialah memperkemaskan undang-undang serta peraturan permainan
agar semua negara dunai dapat bermain dengan lebih teratur dan menarik.Badan
ini juga bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala
Dunia,Sukan Olimpik,Sukan Asia,Kejohanan Antara Benua,Kejohanan Antara
,Juara-juara,Kejohanan Eropah dan sebagainya.
Di peringkat dunia,antara pasukan yang sering menjadi
pencabar terkuat termasuklah India ,Pakistan dan negara kita dari asia belanda,jerman
barat,Sepanyol dan England dari Eropah serta Australia dan New Zealand.Dalam
pertandingan –pertandingan utama dunia,sering perebutan kejuaraan adalah di
antara pasukan –pasukan ini.Amerika Syarikat, walaupun merupakan salah sebuah
negara terawal diperkenalkan dengan permainan ini, namun kini persembahannya di
peringkat dunia masih belum membanggakan
HOKI DI MALAYSIA
Mulai
tahun1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempatan.
Dari sehari ke sehari bilangan mereka
yang mempelajar dan pemainnya mulai meningkit. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di
negara kita.Semua peringkat umur bermainnya, lelaki dan juga perempuan.Pada
tahun1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan,iaitu di antara
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.
Tidak
berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinyn sendiri
.ini terjadi pada tahun 1932 iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan
kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita.Ketika itu pasukan
India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik.Dalam perlawanan itu
pasukan kita tewas 1-7.Namun perlawanan pertama peringkat antarabangsa itu
telah berjaya memberikan pengajaran paling berharga kepada pasukan kita.
Perlawanan
itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk mengadakan perlawanan
seterusnya.Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita telah mengadakan
lawatan sambil bermain ke Hong Kong dan Macao.Pasukan kita memenangi semua
perlawanan persahabatan yang diadakan di sana.Pasukan hoki Macao pula telah
membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan.Dalam
kedua-dua perlawanan itu pasukan kita menumpaskan mereka.
Liga
hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping, kemudian di
Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang.Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki
Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita.Pada tahun 1953 FIH telah
menerima MHF sebagai ahli gabungannya.Dengan demikian, ia telah memberi peluang
pasukan kita mengambil bahagian dalam kejohanan dan pertandingan
antarabangsa.Kemudian MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan
Majlis Olimpik Kebangsaan.
Kejohanan
hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951.Hingga kini kejohanan ini
menjadi acara tahunan MHF.Apabila Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai
Presiden MHF (1957), beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk
pertandingan antara negeri ini.Piala ini dinamakan Piala Razak.Bagaimanapun
pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.
Perlantikan
TUn Razak sebagai Presiden MHF telah memberi perangsang dan galakan serta
semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk memperlihatkan permainan ini
di negara kita.Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat
kebangsaan setiap tahun anjuran MHF.Kini presiden MHF ialah Sultan Azlan
Shah,Sultan Perak.
MHF
juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat antarabangsa.Hasil
pertemuan Tanah Melayu dan India dahulu telah mendorong pasukan tersebut untuk
mengadakan perlawanan ulangan pada tahun 1954.Setahun kemudian pasukan hoki
Pakistan pula mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kita.
Tahun
1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita.Ini kerana pada tahun
itu pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di
Melbourne.Kita menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang mengambil
bahagian.Pasukan hoki jga turut mengambil bahagian dalam Piala Dunia.Pada tahun
1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, di mana kita
menduduki tempat keempat.Manakala dalam Sukan Asia kita sering menduduki tempat
ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA pula, tiada negara
yang mampu menggugat pasukan kita.
Just chill for a while >~<
Labels: Hoki
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home