Keperluan pengetahuan asas hoki
1.1 Keperluan
1.1.1 Kawasan
Permainan
Kawasan permainan hoki
berbentuk empat bujur
yang berukuran 90
meter panjang dan
54 meter lebar dengan
permukaan yang rata.Hoki
amat sesuai dimainkan
di atas padang
astroturf (rumput
tiruan).Terdapat lima garisan
utama di padang
hoki iaitu garisan tepi, garisan gol,
garisan tengah, garisan
22.9m dan garisan D.
Gambar ukuran padang dan pintu gol
Tiang gol terletak
di tengah garisan
gol.Kawasan gol bertanda
garisan D yang
berjejari 14.6m dari
tiang gol. Garisan tepi dan
garisan tengah dibahagi dua
oleh garisan 22.9m.Bendera
dipacakkan pada setiap
hujung garisan tepi
,garisan tengah dan
garisan 22.9m .
1.1.2
Pakaian dan peralatan
Semasa pemain hoki
adalah perlunya memakai
jersi yang seragam. Penjaga gol
sepasukan pula mestilah
memakai jersi yang
berlainan warna dengan
rakannya.Gambar di bawah
merupakan jersi yang
dipakai oleh pemain
hoki.
Untuk
mengelakkan daripada kemalangan atau cedera, pemain perlu menjauhkan daripada memakai benda
yang tajam.Adalah juga dinasihatkan pemain supaya
setiap pemain menukar pakaian selepas
bermain, iaitu menggunakan pakaian yang bersih dan kering. Ini adalah untuk menjauhkan diri dari mendapat selesema. Setiap pasukan
hendaklah menyediakan dua set jersi yang berlainan warna dan bernombor di
belakangnya.Seluar pendek digunakan oleh pemain lelaki, tetapi mereka boleh
juga menggunakan track bottom.Yang pasti pakaian itu hendaklah selesa bagi
pemain semasa bermain.Undang-undang hoki antarabangsa telah menetapkan, iaitu
pemain perempuan memakai skirt pendek (tunic)
ketika bermain dalam perlawanan antarabangsa atau pertandingan yang
diiktirafkan.
1.1.3 Kasut
Pemilihan
kasut yang tapaknya
mencengkam ketika bermain
hoki di padang
rumput tiruan ataupun
yang kering. Manakala
Padang rumput yang
berkeadaan basah, pemain boleh
memilih kasut yang
berpaku seperti but
bola sepak.Ini adalah
disebabkan kasut yang
bersesuaian dapat menghindari
pemain daripada mudah
terjatuh. Peralatan lain yang
diperlukan oleh pemain hoki ialah but stoking panjang dan pad.Pad
kaki adalah dipasang
pada bahagian dalam
stoking panjang.Pad kaki
ini dapat memberi
pelindungan kepada tulang
betis daripada pukulan
kayu atau pantulan
bola.
1.1.4 Kayu Hoki
Kayu hoki lazimnya diperbuat daripada ash atau mulberry.Undang-undang
hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang
mempunyai permukaan rata di bahagian kiri.Oleh itu, kayu hoki mengiri, untuk
pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki.Panjang kayu hoki adalah
bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan. Sehubungan
dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan tingginya seseorang
pemain.
Biasaannya, panjang kayu hoki adalah di antara 0.89 meter hingga 0.94 meter
dan beratnya ialah antara 510g hingga 624 g untuk wanita manakala antara 510 g hingga 794g untuk
lelaki.Bagaimanapun, biasanya kayu yang beratnya 510g – 624g sering
digunakan.Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta
kurang lembap.Semasa menyimpan, kayu hoki perlu ditempatkan secara sandaran
berdiri.Kepala kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada
pecah.Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan
menggunakannya, kerana hal ini boleh mendatangkan bahaya.
1.1.4 Kayu Hoki
Rajah 1.4 Kayu hoki

BOLA
Bola hoki
lazimnya diperbuat daripada
gabus yang berbalut
dengan kulit dan
warna putih.Kelulusan bola
hoki diberi Persekutuan Hoki Antarabangsa hanya dengan bahagian luaran
bola tersebut diperbuat daripada kulit .Maka bola
jenis itu boleh
digunakan untuk pertandingan , manakala bola hoki jenis
adalah sesuai untuk digunakan bagi latihan sahaja.Walaubagaimanapun bola hoki yang
bersalut kulit amat sukar
untuk dijaga kerana ianya perlu dicatkan dengan warna putih
apabila kelihatan pudar.Selain itu , ianya
juga
senang meresap air. Manakala bola
hoki jenis plastik pula
amat senang untuk dijaga dan tidak
mudah diresapi air. Berat bola hoki ialah antara 156 g hingga 163 g.
Labels: Hoki
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home