Friday, 24 May 2013

Undang-undang


1.3   UNDANG-UNDANG HOKI
 1.3.1  Pasukan
       Permainan  hoki  dimainkan  oleh  dua  pasukan  yang  mengandungi  11  orang  pemain  dan  3  orang  pemain  simpanan  bagi  setiap  pasukan. Biasanya  salah  satu  pemain  simpanan  itu  berupaya  bermain  sebagai  penjaga  gol  simpanan.
       Ketika  bermain  setiap  pemain  membawa  kayu  hoki  masing-masing. Penjaga  gol  diberi  kuasa  menahan  bola  dengan  kaki  dan  tangannya  serta  boleh  menendang  bola  manakala  pemain-pemain  padang  mesti  menggerakkan  bola  hanya  dengan  kayu  sahaja.
     Jumlah pemain  yang  patut  didaftarkan  di  dalam  sesebuah  pasukan  adalah  tertakluk  kepada  peraturan-peraturan  pertandingan  yang  berkenanan.Dalam  satu  permainan  , setiap  pasukan  dibenarkan  melakukan  dua  pertukaran . Hal  ini  juga  termasuklah  masa  tambahan.Pemain  gentian  boleh  dimasukkan  mengganti  pemain  dengan  menggantikan  pemain  yang  tercedera  bukannya  bagi  pemain  yang  diarahkan  keluar  padang  oleh  pengadil  samaada  untuk  sementara  waktu  ataupun  sepanjang  masa  bermain .Jikalau  ada  pemain  diarah  keluar  padang  oleh  pengadil atas  sebab   dengan  kesalahan  atau  kekasaran  tertentu, pasukan  tersebut  terpaksa  bermain  tanpa  pemain  tersebut,  yakni  dengan  10  orang  pemain  sahaja.
1.3.2   Pengadil
        Setiap  perlawanan  hoki  diadili  oleh  dua  orang  pengadil   yang  mempunyai  kuasa  mutlak  ke  atas   perlawanan  itu  .Undang-undang  ini  menggalakkan  dua  orang  pengadil  bekerjasama   mengawal dan  membuat  keputusan  dalam   kawasan  yang  telah  ditentukan. Namun  bantahan  keputusan  pengadil  secara  bertulis  boleh  dilakukan  dengan  diberikan  kepada  jawatankuasa  atau  pengerusi  perlawanan  itu.  Tempoh  masa  bantahan  adalah  tertakluk  kepada  jawatankuasa perlawanan .
       Permainan  dibahagikan  2  masa  setara  selama  35  minit  dan  masa  rehat  selama  5minit. Jadi   dalam  satu  perlawanan  adalah  selama  70  minit.Segala  keputusann  menang  mahupun  kalah  dikira  melalui  jaringan  gol  yang  dijaringkan .Sekiranya  keputusan  yang  seri  didapati  ,perlawanan  akan  diberi penambahan  masa selama 20  minit   .Pengadil  akan  menambahkan  masa  yang  diakibatkan  dengan  gangguan  semasa  perlawanan  berlangsung  seperti  kecederaan. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung pertandingan ini ,ia  akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH). Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka Undang-Undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

Link yang berkaitan  ~

 http://www.slideshare.net/enabdacrazie/hoki 
 http://blok49.blogspot.com/2010/11/sukan-hoki.html


Hope u enjoy this video  ^^
 

Labels:

1 Comments:

At 4 March 2022 at 01:31 , Blogger dabriapaden said...

NJ speeds online sports betting to nearly double its - JTM Hub
New Jersey began 속초 출장안마 legal sports betting on Thursday and at the MGM Grand in 군포 출장샵 Las 공주 출장샵 Vegas in June. to the National Football League, as of 고양 출장안마 this writing, 전라북도 출장안마

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home