Saturday, 25 May 2013

Kebaikan senaman dalam aspek fizikal manusia



Kebaikan  senaman  dalam  aspek  fizikal  manusia

             Bersenam dapat  meningkatkan kecekapan kebanyakan organ tubuh manusia seperti  menguatkan tulang belakang dan otot  perut, memperbaiki postur atau posisi tubuh  dan  mampu mencegah sakit belakang  terutamanya peningkatan umur seseorang. Selain itu, senaman yang  berterusan dan pada masa sama dengan mengamalkan diet seimbang dapat membantu mengawal masalah berat badan seseorang itu berlebihan. Hal ini dapat mengawal keadaan fizikal dalam mengelakkan  obesiti yang meningkatkan risiko badan seseorang itu mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit  jantung dan kanser.

            Menurut kajian perubatan individu yang mempunyai tahap kecergasan yang rendah akan meningkatkan risiko mendapat sesetengah jenis kanser. Bagi sesetengah wanita, senaman itu dapat mengurangkan simptom kesakitan prahaid dan ketika haid. Begitu juga dengan peningkatan pengaliran darah dalam kulit membuatkan perawakan kelihatan lebih sihat dan menarik.

             
Falls (1980) menyatakan “Kecergasan fizikal merupakan kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang.”

              Aris Fazil, (2003) pula berpendapat “Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan keupayaan individu melakukan tugas serta tanggungjawab harian tanpa cepat mengalami kelesuan, masih mempunyai tenaga untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesenggangan dan dapat menghadapi segala kecemasan yang berkemungkinan berlaku.”

           Wee (2001), berpendapat  “Kecergasan fizikal merupakan keupayaan untuk memenuhi keperluan kehidupan seharian dan masih mempunyai tenaga untuk bertindak balas terhadap perkara yang tidak diduga.”

Secara keseluruhan, kecergasan fizikal merupakan aspek amat penting dalam kesihatan kerana tanpa hidup yang cergas  kita  tidak akan mampu melakukan tugasan harian dengan cepat. Di samping itu,kurangnya  kecergasan fizikal juga merupakan  kurangnya tenaga dalam badan untuk bertindak balas terhadap perkara yang tidak diduga. Selain itu, kita juga akan memberi ruang kepada pelbagai jenis penyakit seperti diabetes, penyakit jantung koronari, angin ahmar dan tekanan darah tinggi untuk memberi ancaman kepada kita. Justeru itu, bersenam dapat  mengekalkan tahap kecergasan kita  kerana amalan hidup cergas dan aktif adalah penting untuk kesihatan tubuh badan dan otak.

            Selain daripada ini, kadar sistem keupayaan respiratori  turut  akan meningkat ke kadar yang lebih tinggi. Hatta ia akan menyebabkan  keupayaan bernafas dengan lebih baik dan kuat. Perubahan ini akan membuat kadar pengambilan oksigen meningkat di mana secara langsung akan meningkatkan bekalan oksigen kepada sel-sel di dalam tubuh badan . Ini akan membuatkan sel-sel tersebut dapat bekerja dengan lebih efisien.

             Di samping itu, kadar tahap kekuatan otot, kuasa, kecergasan, ketangkasan dan koordinasi juga akan bertambah dengan berlakunya perubahan fisiologi pada tubuh badan . Keadaan ini akan menjadikan  seseorang individu yang cergas dari segi fizikal berbanding individu yang kurang mengamalkan aktiviti bersenam dalah hidupan hariannya. Individu yang sering bersenam akan menjadi lebih bertenaga dan berupaya melakukan sebarang aktiviti fizikal dengan lebih lama tanpa mudah mengalami kepenatan.


Labels:

Friday, 24 May 2013

Undang-undang


1.3   UNDANG-UNDANG HOKI
 1.3.1  Pasukan
       Permainan  hoki  dimainkan  oleh  dua  pasukan  yang  mengandungi  11  orang  pemain  dan  3  orang  pemain  simpanan  bagi  setiap  pasukan. Biasanya  salah  satu  pemain  simpanan  itu  berupaya  bermain  sebagai  penjaga  gol  simpanan.
       Ketika  bermain  setiap  pemain  membawa  kayu  hoki  masing-masing. Penjaga  gol  diberi  kuasa  menahan  bola  dengan  kaki  dan  tangannya  serta  boleh  menendang  bola  manakala  pemain-pemain  padang  mesti  menggerakkan  bola  hanya  dengan  kayu  sahaja.
     Jumlah pemain  yang  patut  didaftarkan  di  dalam  sesebuah  pasukan  adalah  tertakluk  kepada  peraturan-peraturan  pertandingan  yang  berkenanan.Dalam  satu  permainan  , setiap  pasukan  dibenarkan  melakukan  dua  pertukaran . Hal  ini  juga  termasuklah  masa  tambahan.Pemain  gentian  boleh  dimasukkan  mengganti  pemain  dengan  menggantikan  pemain  yang  tercedera  bukannya  bagi  pemain  yang  diarahkan  keluar  padang  oleh  pengadil  samaada  untuk  sementara  waktu  ataupun  sepanjang  masa  bermain .Jikalau  ada  pemain  diarah  keluar  padang  oleh  pengadil atas  sebab   dengan  kesalahan  atau  kekasaran  tertentu, pasukan  tersebut  terpaksa  bermain  tanpa  pemain  tersebut,  yakni  dengan  10  orang  pemain  sahaja.
Read more »

Labels:

Tuesday, 21 May 2013

Kebaikan senaman dalam aspek emosi manusia



Kebaikan  senaman  dalam  aspek  emosi  manusia

              Bersenam secara konsisten mampu meningkatkan perasaan menghargai diri sendiri dan menjadikan diri lebih positif dan tenang. Senaman menggalakkan tidur lena apabila keletihan akibat aktiviti fizikal menyebabkan badan dan minda lebih mudah untuk tidur. Maka, ia jua merupakan sejenis kaedah menangani perasaan bimbang dan tekanan seseorang.  

            Individu yang bersenam sentiasa atau berterusan akan memberikan mereka berasa lebih baik selepas melakukan aktiviti itu. Ini dipercayai disebabkan maklumat yang disampaikan ke otak turut merembeskan hormon yang dikenali sebagai neurotransmitter. Hormon ini dipercayai membantu mempengaruhi perasaan dan emosi.
Bersenam secara tekal  iaitu bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap kali. Dalam penjaga kesihatan dengan mengamalkan amalan aktiviti fizikal,ia dapat mengurangkan kadar tekanan seseorang. Dengan kestabilan emosi individu membolehkan seseorang itu berfikir secara rasional dan mengambil tindakan yang lebih baik.

 Menurut kajian  penyelidik kinesiology di Sekolah Kesihatan Awam Universiti Maryland yang diterbitkan dalam jurnal Sains dan Perubatan dalam Sukan dan Senaman. "Walaupun telah diketahui bahawa senaman meningkatkan mood, antara faedah lain, tidak banyak yang diketahui tentang potensi kesan senaman pada keadaan emosi dan sama ada kesan-kesan positif bertahan apabila kita berhadapan dengan tekanan setiap hari setelah kita meninggalkan gym, "J. Carson Smith menerangkan, penolong profesor di Jabatan Kinesiology. Menurut beliau lagi, "Kami dapati bahawa senaman membantu untuk menampan kesan pendedahan emosi. Jika anda bersenam, anda bukan sahaja mengurangkan kebimbangan anda, tetapi anda akan lebih berupaya untuk mengekalkan penurunan kebimbangan apabila berhadapan dengan peristiwa-peristiwa emosi."
           Smith salah seorang penyelidik yang meneroka bagaimana senaman dan aktiviti fizikal mempengaruhi fungsi otak, penuaan dan kesihatan mental, membandingkan bagaimana aktiviti berbasikal dengan intensiti sederhana berbanding tempoh rehat yang tenang (selama 30 minit) menjejaskan tahap kebimbangan dalam sekumpulan pelajar kolej yang sihat. Beliau menilai keadaan kebimbangan mereka sebelum tempoh aktiviti (atau rehat), tidak lama selepas itu (selepas 15 minit) dan akhirnya selepas mendedahkan mereka kepada pelbagai gambar yang menyenangkan dan tidak menyenangkan serta imej neutral. Di setiap keadaan, peserta kajian menjawab 20 soalan daripada inventori State-Trait Anxiety, yang direka untuk menilai gejala yang berbeza disebabkan kebimbangan. Semua peserta telah dimasukkan melalui kedua-dua senaman dan seluruh negeri (pada hari-hari yang berbeza) dan diuji untuk tahap kebimbangan pra-senaman serta selepas senaman).

                 Pada awalnya Smith mendapati bahawa senaman dan rehat yang tenang adalah sama berkesan dalam mengurangkan tahap kebimbangan. Walau bagaimanapun, apabila emosi mereka telah dirangsang (dengan menunjukkan 90 gambar dari International Affective Picture System, pangkalan data gambar-gambar yang digunakan dalam penyelidikan emosi) untuk 20 minit, tahap kebimbangan mereka yang hanya berehat kembali ke peringkat awal mereka , sedangkan mereka yang telah menjalankan senaman mengekalkan tahap pengurangan kebimbangan mereka.
Hasil kajian menunjukkan efek kemurungan dari senaman akut kebal kepada kesan-kesan yang berpotensi merosakkan mood selepas pendedahan kepada rangsangan yang membangkitkan emosi.

              Kisah di atas adalah berdasarkan berita keluaran 13 September 2012 oleh Universiti Maryland .Penyelidikan diterbitkan dalam talian lebih awal dari yang di cetak pada 14 Ogos, 2012 dalam jurnal Sains dan Perubatan dalam Sukan dan Senaman:Smith JC. Effects of Emotional Exposure on State Anxiety after Acute Exercise. Med Sci Sports Exerc. 2012 Aug 14.
                     Melakukan senaman mengikut keupayaan kita dapat menjadi badan cergas. Aktiviti fizikal atau senaman dapat memberi keseronokan dalam kehidupan harian. Oleh itu, aktiviti secara tidak langsungnya dapat mengurangkan kemurungan,keresahan dan perasaan negatif yang lain.   Maka emosi seseorang yang sering melakukan senaman adalah lebih baik berbanding emosi mereka yang kurang atau tiada bersenam.










Read more »

Labels: