Kebaikan senaman dalam aspek fizikal manusia
Kebaikan
senaman dalam aspek
fizikal manusia
Bersenam dapat meningkatkan kecekapan kebanyakan organ tubuh manusia seperti menguatkan tulang belakang dan otot perut, memperbaiki postur atau posisi tubuh dan mampu mencegah sakit belakang terutamanya peningkatan umur seseorang. Selain itu, senaman yang berterusan dan pada masa sama dengan mengamalkan diet seimbang dapat membantu mengawal masalah berat badan seseorang itu berlebihan. Hal ini dapat mengawal keadaan fizikal dalam mengelakkan obesiti yang meningkatkan risiko badan seseorang itu mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser.
Menurut kajian perubatan individu yang mempunyai tahap kecergasan yang rendah akan meningkatkan risiko mendapat sesetengah jenis kanser. Bagi sesetengah wanita, senaman itu dapat mengurangkan simptom kesakitan prahaid dan ketika haid. Begitu juga dengan peningkatan pengaliran darah dalam kulit membuatkan perawakan kelihatan lebih sihat dan menarik.
Falls (1980) menyatakan “Kecergasan fizikal merupakan kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang.”
Aris Fazil, (2003) pula berpendapat “Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan keupayaan individu melakukan tugas serta tanggungjawab harian tanpa cepat mengalami kelesuan, masih mempunyai tenaga untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesenggangan dan dapat menghadapi segala kecemasan yang berkemungkinan berlaku.”
Wee (2001), berpendapat “Kecergasan fizikal merupakan keupayaan untuk memenuhi keperluan kehidupan seharian dan masih mempunyai tenaga untuk bertindak balas terhadap perkara yang tidak diduga.”

Secara keseluruhan, kecergasan fizikal merupakan
aspek amat penting dalam kesihatan kerana tanpa hidup yang cergas kita tidak
akan mampu melakukan tugasan harian dengan cepat. Di samping itu,kurangnya kecergasan fizikal juga merupakan kurangnya tenaga dalam badan untuk bertindak
balas terhadap perkara yang tidak diduga. Selain itu, kita juga akan memberi
ruang kepada pelbagai jenis penyakit seperti diabetes, penyakit jantung
koronari, angin ahmar dan tekanan darah tinggi untuk memberi ancaman kepada
kita. Justeru itu, bersenam dapat mengekalkan
tahap kecergasan kita kerana amalan
hidup cergas dan aktif adalah penting untuk kesihatan tubuh badan dan otak.
Selain daripada ini, kadar sistem keupayaan
respiratori turut akan meningkat ke kadar yang lebih tinggi.
Hatta ia akan menyebabkan keupayaan
bernafas dengan lebih baik dan kuat. Perubahan ini akan membuat kadar
pengambilan oksigen meningkat di mana secara langsung akan meningkatkan bekalan
oksigen kepada sel-sel di dalam tubuh badan . Ini akan membuatkan sel-sel
tersebut dapat bekerja dengan lebih efisien.
Di samping itu, kadar tahap kekuatan otot, kuasa, kecergasan, ketangkasan dan koordinasi juga akan bertambah dengan berlakunya perubahan fisiologi pada tubuh badan . Keadaan ini akan menjadikan seseorang individu yang cergas dari segi fizikal berbanding individu yang kurang mengamalkan aktiviti bersenam dalah hidupan hariannya. Individu yang sering bersenam akan menjadi lebih bertenaga dan berupaya melakukan sebarang aktiviti fizikal dengan lebih lama tanpa mudah mengalami kepenatan.

http://synthrapsycho.blogspot.com/2012/04/kebaikan-senaman.html
http://zakikhan.net/terapi-senaman/
http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/remaja/kesihatan-fizikal/kekal-sihat

Labels: Senaman
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home